Penyelesaian Terakhir Permasalahan_Yahudi

Rencana utama: Penyelesaian Terakhir

Di Jerman Nazi, istilah Permasalahan Yahudi (dalam Bahasa Jerman: Judenfrage) disebut dalam erti kata kewujudan orang Yahudi di Jerman menjadi masalah bagi negara ini. Pada tahun 1933 dua orang ahli teori Nazi, Johann von Leers dan Achim Gercke, mencadangkan bahawa Permasalahan Yahudi boleh diselesaikan dengan menempatkan semula orang Yahudi di Madagascar atau di tempat lain di Afrika atau Amerika Selatan. Kedua-dua intelektual ini juga membincangkan kebaikan dan keburukan menyokong Zionis Jerman, tetapi von Leers menegaskan bahawa penubuhan sebuah tanahair kaum Yahudi di Palestin British akan mewujudkan masalah kemanusiaan dan politik di kawasan tersebut.[1] Setelah berkuasa pada tahun 1933, Hitler dan negara Nazi mula melaksanakan langkah-langkah yang semakin teruk bertujuan untuk mengasingkan dan pada dasarnya mengeluarkan orang Yahudi daripada Jerman dan (akhirnya) seluruh Eropah.[2] Peringkat seterusnya ialah penindasan terhadap orang Yahudi dan melucutkan kewarganegaraan Yahudi melalui Undang-Undang Nuremberg.[3][4] Kemudian, semasa Perang Dunia II, ia menjadi negara yang menaja penahanan dalam kem tahanan[5] dan akhirnya, penghapusan bersistematik orang Yahudi (Holokus),[6] yang dikenali sebagai Penyelesaian Terakhir bagi Permasalahan Yahudi.[7][8][9]

Propaganda

Propaganda Nazi telah dihasilkan untuk memanipulasi orang ramai, terutamanya berdasarkan tulisan-tulisan daripada orang seperti Eugen Fischer, Fritz Lenz dan Erwin Baur didalam buku Foundations of Human Heredity Teaching and Racial Hygiene. Dan dalam buku Die Freigabe der Vernichtung lebensunwerten Lebens ("Allowing the Destruction of Life Unworthy of Living") oleh Karl Binding dan Alfred Hoche atau dalam biasiswa pseudo yang dicipta oleh Gerhard Kittel.

Rujukan

WikiPedia: Permasalahan_Yahudi http://eu.wiley.com/WileyCDA/WileyTitle/productCd-... http://www.calvin.edu/academic/cas/gpa/gercke.htm http://meria.idc.ac.il/journal/1999/issue1/jv3n1a1... http://www.holocaust-history.org/hitler-final-solu... http://www.pbs.org/auschwitz/40-45/background/ideo... http://www.ess.uwe.ac.uk/documents/citizen.htm http://www.ess.uwe.ac.uk/documents/gerblood.htm https://books.google.com/books?id=LB_HLHJ_J64C&dq=... https://archive.org/stream/notesondiplomati00wolfu...